Saturday, 18 November 2017

KULIAH 6 PENGUJIAN


PENGUJIAN
  • Cara sistematik yang mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.
  • Merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-murid daripada pelbagai bidang kognitif, psikotor dan afektif.


PROSEDUR PENGUJIAN

Langkah-langkah Penggubalan Ujian:
  1.   Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan;
  2.  Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji;
  3.  Menetapkan taksonomi ujian;
  4.  Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian; dan
  5.  Menubuhkan alat uji.


Objektif Ujian:
  • Setiap ujian yang ditadbirkan ada objektifnya;
  • Objektif ujian akan menentukan: 
  1. Jenis ujian yang akan dibina
  2.  Alat uji yang akan digubal
  3. Darjah kesukaran ujian
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
*      Dibuat dengan tujuan merangka penggubalan soalan ujian;
*      Perkara yang diambil kira semasa membina JSU ialah
1.      Pemberatan soalan,
2.      Jenis soalan;
3.      Panjang masa ujian;
4.      Jumlah butiran/item; dan
5.      Aras taksonomi soalan.

Menyediakan JSU
*      
Pemberatan soalan
    Bilangan soalan bagi setiap kandungan dan aras;
    Bergantung pada penekanan dalam p&p dan masa yang diambil untuk mengajarkannya;
    Pembahagian pemberatan dikira berdasarkan peratusan.
*      
Jenis soalan
  Bergantung kepada matlamat p&p dan aras soalan. Untuk menguji kemahiran mengarang lebih sesuai soalan subjektif. Bagi kemahiran kefahaman atau tatabahasa, soalan objektif dan soalan subjektif boleh digunakan.
*     
Panjang masa ujian
        Ditentukan oleh jenis ujian dan bilangan soalan.
        Anggaran masa berasaskan andaian 80% pelajar boleh menjawab semua butiran yang dikemukakan.
*      
Jumlah butiran dalam instrumen
        Mewakili domain yang hendak diuji, sama ada item objektif atau subjektif.
*      
Aras kesukaran
   Berasaskan tujuan ujian. Jika tujuan ujian untuk memberi sijil atau pangkat, aras kesukarannya harus dapat membezakan antara yang pandai, sederhana dan lemah.
       Biasanya pembahagian aras dibuat seperti yang berikut:


Tahap Aras
Indeks Kesukaran
Peratus
Amat sukar
<0.199
20%
Sukar
.200 - .299
15-20%
Sederhana
.300 - .599
30-50%
Mudah
.600 - .859
15-20%
Terlalu mudah
> .86
20%












Contoh JSU bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu        

Contoh JSU KARANGAN(soalan subjektif)

Bil
Jenis Karangan
Jumlah jam mengajar
Jumlah item
Taksonomi
Jum.
1
2
3
4
5
6
1.
Surat Kiriman
4 jam
1
1
2.
Wawancara
4 jam
1
1
3.
Cerita
4 jam
1
1
4.
Perbualan
4 jam
1
1
5.
Karangan gambaran
4 jam
1
1
6.
Karangan Fakta
4 jam
1
1
24 jam
6
0
0
1
2
2
1
6


                                                                                                                                                                                                                                                                                                   


Contoh JSU TATABAHASA (objektif+subjektif)

Bil
Aspek tatabahasa
Jumlah jam mangajar
Jumlah item
Jenis Soalan
Jum
Objektif
Subjektif
1
2
3
4
5
6
1
2
3
4
5
6

1
Kata nama
3 jam
3
3

2
Kata kerja
3 jam
3
3

3
Kata adjektif
3 jam
3
3

4
Kata tugas
3 jam
3
3

5
Ayat tunggal
4 jam
4
4

6
Ayat majmuk
4 jam
4
4

20 jam
20
0
1
2
2
3
2
0
1
2
3
2
2
20





















                       Contoh JSU BACAAN  (Objektif + subjektif)

Bil
Jenis Teks
Jumlah jam mangajar
Jumlah item
Jenis Soalan
Jum
Objektif
Subjektif
1
2
3
4
5
6
1
2
3
4
5
6

1
Cerita
5 jam
5
5

2
Sajak
2 jam
2
2

3
Prosedural
3 jam
3
3

4
Laporan
5 jam
5
5

5
Fakta
5 jam
5
5

Jumlah
20 jam
20
1
1
2
2
2
1
1
1
3
3
2
1
20

                                                                                                                                                                                       













No comments:

Post a Comment

KULIAH 6 PENGUJIAN

PENGUJIAN Cara sistematik yang mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Merupakan suatu alat pengukuran dengan tujuan men...